Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) hari ini (14 Mei) mengumumkan penawaran perkhidmatan penghantaran produk luar bandar secara on-demand kepada orang ramai.
Untuk makluman, inisiatif DesaMall ini adalah hasil kerjasama KPLB dengan Grab dan Elokal Sdn Bhd. Di mana, kesemua penghantaran produk akan dilakukan oleh Grab. Ini menjadikan pengurusan pesanan lebih teratur.
Platform ini bertujuan untuk membantu meningkatkan permintaan jualan produk usahawan luar bandar. Di samping, menjadi perkhidmatan alternatif kepada pengguna untuk membeli barangan keperluan mereka. Segala pesanan stok akan dihantar pada hub-hub mengikut negeri dan GrabMart akan bertanggjungjawab menguruskan penghantaran tersebut.
Selain itu, adanya platform ini ia secara tidak langsung ia dapat mewujudkan peluang pekerjaan selaku ‘Grab Runner’, serta memeperluaskan lagi ekosistem e-dagang kepada usahawan luar bandar.
Antara sektor produk ushawan luar bandar yang terlibat adalah barangan keperluan, peruncitan, kesihatan, kecantikan dan barangan bayi.
Bagi maklumat lanjut berkenaan proses penglibatan, para ushaawan luar bandar boleh merujuk pada laman rasmi KPLB atau merujuk pada infografik dibawah.