Artikel

MP Jelebu Dilantik Pengerusi Uda Holdings

Dato’ Haji Jalaluddin bin Haji Alias kini dilantik sebagai Pengerusi UDA Holdings Berhad (UDA), pelantikan itu telah berkuat kuasa sejak semalam (13 Mei 2020).

Perkara ini telah diumumkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).

Untuk makluman, Dato’ Jalaluddin memiliki latarbelakang pendidikan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan pernah bertugas sebagai Pegawai Khas Pejabat Pendidikan Daerah pada 90-an.

Setelah itu, beliau mula menjawat jawatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan sebagai Pengerusi Bertindak Kesejahteraan Bandar Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.

Kini, beliau adalah Ahli Parliman Jelebu merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia dan Ketua UMNO Bahagian Jelebu.