Artikel

Program Saringan Prihatin (PSP) Perkeso Tumpu Kepada Pekerja Asing Di Pembinaan, Pegawai Keselamatan

Berkuat kuasa hari ini (14 Mei), saringan COVID-19 di bawah Program Saringan Prihatin (PSP) PERKESO akan memberi tumpuan dan keutamaan kepada pekerja-pekerja asing di dalam sektor pembinaan dan industri kawalan keselamatan.

Tumpuan juga hanya akan diberikan pada mereka yang beroperasi di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja.

Program ini adalah untuk majikan dan pekerja yang berdaftar dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

Saringan hanya akan dibuat berdasarkan janji temu yang diatur oleh syarikat terbabit dengan penyedia perkhidmatan PSP PERKESO yang dilantik.

Ujian saringan boleh dijalankan sama ada di tempat kerja atau di premis penyedia perkhidmatan (mobile screening).

Sehubungan itu, semua janji temu yang telah dibuat dengan penyedia perkhidmatan PSP PERKESO adalah ditangguhkan sehingga dimaklumkan kelak.

Bagi sebarang pertanyaan, boleh hubungi talian 1-300-22-8000 / 03-4264 5555 / 03-8091 5100 ATAU emel ke [email protected] .