Artikel

Tinggal Dua Hari Sahaja Lagi Untuk Memohon Geran Khas Prihatin

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa tarikh akhir permohonan Geran Khas PRIHATIN (GKP) ialah pada 15 Mei 2020.

Sehubungan itu, Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan disarankan untuk mengisi borang permohonan dengan segera dan tidak menunggu sehingga tarikh akhir tersebut.

Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian di Portal GKP yang disediakan oleh LHDNM.

Permohonan secara manual tidak akan diterima.

LHDNM akan memproses semua permohonan selepas 15 Mei 2020 dan pemohon GKP boleh membuat semakan status permohonan bermula pada minggu pertama bulan Jun 2020.

Bagi permohonan yang lulus, bayaran GKP dijangka akan dibuat pada hujung bulan Jun 2020.

Selain itu, sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan GKP juga boleh dimajukan kepada LHDNM.