“Impak COVID-19 sangat teruk bagi ekonomi Malaysia, terutamanya suku kedua (The impact of COVID-19 is very severe, especially in second quarter),” kata Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, Gabenor Bank Negara Malaysia.
“Tetapi ini tidak bermakna kita tidak boleh kembali ke paras normal,” tambah beliau.
Kenyataan beliau diberikan susulan pembentangan sektor suku pertama Bank Negara Malaysia, yang menyaksikan penyusutan mendadak untuk suku pertama tahun ini berbanding dengan suku-suku sebelum ini.
Sektor Perkhidmatan terus menjadi pendorong utama dengan pertumbuhan 3.1 peratus (ST4 2019: 6.2%).
Prestasi sektor perkhidmatan disokong oleh subsektor maklumat dan komunikasi, perdagangan borong dan runcit dan kewangan dan insurans.
Subsektor maklumat dan komunikasi diterajui oleh segmen telekomunikasi kerana konsep bekerja dari rumah semasa PKP.
Sektor pembuatan meningkat 1.5 peratus berbanding 3.0 peratus pada suku tahun sebelumnya. Ini merupakan pertumbuhan terendah yang dicapai sejak suku tahun pertama 2013 (0.6%).
Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, pertumbuhan tersebut disumbangkan oleh Produk petroleum, kimia, getah & plastik (ST1 2020 3.9%), produk elektrik, elektronik & optikal (ST1 2020: 2.2%) dan Produk kayu, perabot, keluaran kertas & percetakan (ST1 2020: 1.3%).
Kemerosotan sektor pertanian adalah terutamanya disebabkan oleh penurunan dalam pengeluaran kelapa sawit, perhutanan dan pembalakan, perikanan dan getah.
Subsektor kelapa sawit terus menyusut 22.0% (ST4 2019: -16.9%) berikutan penguncupan dalam pengeluaran Minyak sawit mentah.
Sektor perlombongan dan pengkuarian mencatatkan pertumbuhan negatif kecil 2.0 peratus pada suku tahun ini (ST4 2019: -3.4%) kerana pengeluaran minyak mentah & kondensat dan Gas asli yang meningkat. Sektor Pembinaan menguncup 7.9 peratus daripada 1.0 peratus pada suku tahun sebelumnya dan ini merupakan pertumbuhan terendah sejak suku tahun kedua 1999 (-7.9%).
Dari segi permintaan, Perbelanjaan penggunaan akhir swasta bertumbuh sederhana 6.7 peratus (ST4 2019: 8.1%) pada suku tahun pertama 2020.
Sementara itu, Pembentukan modal tetap kasar mencatatkan pertumbuhan negatif 4.6 peratus (ST4 2019: -0.7%) berikutan penurunan mandadak dalam ketiga-tiga segmen iaitu Struktur, Jentera & peralatan dan Aset lain.