Artikel

BNM Umum Pertumbuhan Suku Pertama, Jelas COVID-19 Memberi Impak Negatif Ketara

KDNK Malaysia bertumbuh 0.7 peratus berbanding 3.6 peratus yang dicatatkan pada suku tahun keempat 2019.

Pertumbuhan ini merupakan kadar pertumbuhan terendah yang dicatatkan semenjak suku tahun ketiga 2009, negatif 1.1 peratus.

Pertumbuhan pada suku pertama ini didorong oleh pertumbuhan di sektor Perkhidmatan, 3.1 peratus dan Pembuatan, 1.5 peratus manakala sektor yang lain mengalami pertumbuhan negatif.

Perbelanjaan penggunaan isi rumah masih meningkat iaitu 6.7 peratus.

Perbelanjaan utama yang dilakukan oleh isi rumah pada kali ini adalah terhadap penggunaan essential seperti makanan & minuman, telekomunikasi & perumahan, air, dan elektrik.

Manakala berlaku penurunan dalam perbelanjaan penggunaan petrol, perjalanan, rekreasi dan makanan di luar rumah.

Pengurangan perbelanjaan oleh isi rumah tersebut secara langsung memberi kesan kepada industri yang berkaitan seperti industri makanan dan minuman, perhotelan, pengangkutan, sukan dan rekreasi.

Iaitu terdapatnya hubungan langsung antara permintaan terhadap perbelanjaan penggunaan dan penawaran pengeluaran barangan dan perkhidmatan.