Artikel

Pelaksanaan PKPB, Dorong Penutupan Sementara Resorts World Genting

Resorts World Genting hari ini (13 Mei) memaklumkan bahawa pusat peranginannya di Genting, Awana, Kijal dan Langkawi akan ditutup buat sementara waktu.

Tindakan ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan. Tempoh pembukaan pusat peranginan tersebut akan dimaklumkan kemudian.

Kenyataan Genting Malaysia mengatakan pihak mereka akan terus memantau keadaan semasa dan akan membuat pengumuman lanjut sekiranya terdapat info baharu.

Proses penutupan perkhidmatan tersebut adalah bertujuan untuk menyelenggara semula aspek kebersihan premis. Ini bagi menjamin kesihatan dan keselamatan pelanggan ketika ia dibuka kelak.

Sebarang maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi pusat panggilan di 03-2718 1118 atau emel ke [email protected]