UEM Edgenta mengumumkan pelantikan Syahrunizam Samsudin sebagai Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif (MD/CEO) syarikat itu.
Pelantikan ini berkuatkuasa 1 Julai 2020.
Syahrunizam akan mengambil alih jawatan tersebut daripada Dato’ Azmir Merican, yang telah meninggalkan UEM Edgenta pada April 2020.
Sebelum ini, Syahrunizam merupakan CEO Touch ‘n Go Sdn. Bhd. sejak 2015.
Syahrunizam memegang ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) dan Sarjana Muda Perdagangan (Perakaunan dan Kewangan), kedua-duanya dari The Australian National University.
Beliau juga merupakan alumni Program Pengurusan Lanjutan (Advanced Management Programme) dari Harvard Business School, Amerika Syarikat, dan IMD Business School, Swirtzerland.