Artikel

Ngeh Koo Ham, Speaker DUN Perak Letak Jawatan

Ngeh Koo Ham, Adun Sitiawan telah mengumumkan peletakan jawatannya selaku speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada persidangan hari ini (12 Mei).

Tindakan ini berikutan percubaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu meminta Ngeh mengosongkan kerusi Speaker.

Atas usul itu, seramai 34 Adun menyokong cadangan tersebut.

Bagaimanapun, Ngeh enggan mengikuti kehendak mereka namun ingin melakukan cara yang betul, bertepatan dengan perundangan negeri. Iaitu memberi notis peletakan jawatan.

Menurut Ngeh, biarlah pemilihan speaker baharu ini dapat dilakukan mengikut garis perundangan yang telah ditentukan. Di mana merujuk Perintah Tetap yang sedia ada, pencalonan untuk jawatan Yang DiPertua hanya boleh dibenarkan jika terdapat kekosongan jawatan tersebut.

Jika kekosongan jawatan tersebut wujud maka prosedur pemilihan jawatan Yang DiPertua hendaklah mengikut Perintah Tetap 4, Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Situasi itu secara tidak langsung telah mengakibatkan ketegangan berlaku antara wakil rakyat dan pembangkang.

Setelah menangguhkan persidangan, MB Faizal dikatakan telah mengusul pelantikan Adun Sungai Manik, Zainol Fadzi Paharudin selaku speaker interim.