Artikel

Kerajaan Negeri Kedah Bertukar Tangan, PAS Dijangka Umum MB Baharu Petang Ini

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR di Kedah hari ini (12 Mei) mengumumkan keluar parti.

Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir dijangka akan diarahkan oleh Setiausaha Negeri untuk mengesahkan peletakan jawatan beliau dengan serta merta.

Ini kerana beliau tidak lagi mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kedah.

Beliau kini mendapat 17 dari 36 sokongan ADUN (6 Bersatu, 5 PKR, 4 Amanah, dan 2 DAP).

ADUN Sidam, Dr. Robert Ling Kui Ee, dan ADUN Lunas, Azman Nasarudin mengumumkan peletakan keahlian mereka pada sidang media bersama tengah hari ini.

Ini bermakna, PAS dengan 15 kerusi, 2 kerusi Umno, dan sekarang ini 2 PKR, berkemungkinan besar mempunyai sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan negeri sebanyak 19 dari 36 ADUN.

PAS dijangka akan mengumumkan calon Menteri Besar mereka untuk menggantikan Dato Seri Mukhriz sebentar nanti.