Artikel

Kedah: Dua Adun PKR Dijangka Keluar Parti, Beralih Ke PN

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR Kedah hari ini (12 Mei) dijangka akan keluar parti.

Tindakan tersebut berikutan untuk memberi sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

Adun PKR yang terlibat adalah dari Adun Lunas iaitu Azman Nasarudin dan Adun Sidam – Robert Ling Kui Ee.

Turut difahamkan pengumuman tersebut akan dilakukan pada tengah hari ini pada sidang media di Sungai Petani.

Tindakan tersebut sekaligus menjadikan Kedah sebagai negeri keempat yang beralih pimpinan kepada kerajaaan.