Bank Rakyat kini tampil dengan inisiatif pembiayaan khas sejumlah RM300,000 kepada warga usahawan PKS dan Koperasi yang terjejas disebabkan krisis COVID-19.
Penyaluran dana ini bertujuan membantu para usahawan dan koperasi untuk mengekalkan operasi perniagaan mereka disamping meningkatkan semula aliran tunai ekonomi negara.
Selain pembiayaan khas, sebanyak RM50,000 akan disalurkan pada pembiayaan mikro bagi tempoh 69 bulan dengan penangguhan pembiayaan selama 9 bulan.
Seterusnya, Bank Rakyat juga turut memberikan fokus kepada pengguna wanita mereka. Di mana, sejumlah RM50 juta untuk usahawan wanita melalui pakej Biz Lady.
Menerusi platform ini, usahawan wanita dapat mengurangkan masalah aliran wang tunai jangka pendek dan mengukuhkan kelangsungan perniagaan mereka.
Untuk sebarang maklumat lanjut, para pengguna boleh layari laman rasmi Bank Rakyat.