Artikel

Idris Jusoh, Pengerusi Baharu Felda

Semalam (10 Mei) Felda telah mengumumkan pelantikan Idris Jusoh selaku Pengerusi baharu mereka.

Pelantikan tersebut telah mula berkuat kuasa sejak 1 Mei lalu.

Beliau telah mengambil alih kedudukan tersebut daripada Mohd Bakke Salleh yang telah dilantik selaku Pengerusi TM, berkuat kuasa pada hari ini (11 Mei).

Untuk makluman Idris Jusoh sebelum ini, pernah menyandang jawatan selaku Timbalan Menteri Usahawan pada 1995 hingga 1999, Pengerusi Amanah Rakyat (MARA) dan Menteri Besar Terengganu pada tahun 2004 hingga 2008.

Kemudiaanya, pernah memegang jawatan selaku Menteri Pengajian Tinggi dari Julai 2015 hingga Mei 2018.