YAB Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini (10 Mei) telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020.
Tindakan pelaksanaan ini adalah berdasarkan keputusan bersama oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Ia bertujuan untuk menghindarkan dari sebarang jangkitan atau kluster baru berlaku.
Susulan pengumuman itu, meskipun perjalanan pulang ke kampung tidak di benarkan untuk Hari Perayaan Aidilfitri kelak, rakyat masih dibenarkan untuk meraikannya bersama individu lain namun hanya di dalam negeri sahaja.
Ini bermakna, semua peraturan dan SOP yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB pada masa ini akan kekal berkuatkuasa sehingga 9 Jun.
Sebarang perubahan mengenai peraturan, SOP atau senarai sektor yang dibenarkan beroperasi ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.