Artikel

12 Warga Asing Disahkan Positif COVID-19 – Kluster Tapak Pembinaan

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sehingga hari ini (9 Mei) 12 kes telah disahkan positif COVID-19 bagi Kluster Tapak Pembinaan Setia Alam.

Seramai 28 individu telah melakukan ujian saringan, buat masa ini 12 kes positif dikesan dari warga asing Bangladesh, manakala 9 kes lagi disahkan negatif dan 7 kes lagi masih menanti keputusan kesihatan.

Siasatan berhubung punca jangkitan kluster tersebut masih lagi dijalankan oleh KKM.  Maklumat lanjut akan dikemaskini semula.