Dato’ Azian bin Osman dilantik menjadi Pengerusi baharu Suruhanjaya Tenaga, berkuatkuasa 8 Mei 2020.
Beliau menggantikan Datuk Ir. Ahmad Fauzi bin Hassan yang bersara pada 31 Mac 2020.
Dato’ Azian Osman berkelulusan ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan kepujian (LLB.Hons), Universiti Malaya pada tahun 1985.
Beliau telah memulakan kerjaya sebagai seorang Peguambela & Peguamcara pada tahun 1986, dan pernah menjadi Ahli Lembaga Tatatertib dan Disiplin, Majlis Peguam Malaysia dari tahun 2002 hingga 2004.
Azian pernah berkhidmat sebagai Ahli Pihak Berkuasa RISDA selama 4 tahun.
Selain itu, beliau pernah menjadi Pengerusi, Syarikat Perumahan Negara (SPNB), Giatmara Malaysia dan juga Ahli Lembaga Amanah, Tekun Nasional selama 4 tahun bermula pada tahun 2015 dan beberapa lagi jawatan lain.
Dato’ Azian Osman adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO peringkat pusat.