Artikel

Bakke Salleh Pengerusi Baharu TM

Tan Sri Dato’ Seri Mohd Bakke Salleh dilantik Pengerusi baharu TM berkuatkuasa 11 Mei 2020.

Beliau menggantikan Rosli Man yang telah akhiri perkhidmatannya pada 1 Mei 2020.

Tan Sri Dato’ Seri Mohd Bakke Salleh, berusia 65, memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Ekonomi) dari London School of Economics, United Kingdom. Beliau merupakan Felo bagi Institute of Chartered Accountants di England dan Wales dan merupakan ahli Institut Akauntan Malaysia.

Beliau pada masa ini merupakan Pengerusi Federal Land Development Authority (FELDA), jawatan yang beliau pegang sejak 1 Julai 2019. Sebelum itu, beliau merupakan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden Sime Darby Berhad pada Julai 2010 dan kemudiannya disahkan dalam jawatan tersebut pada November 2010.

Pasca pengasingan bagi Sime Darby Group pada November 2017, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Eksekutif & Pengarah Urusan bagi Sime Darby Plantation Berhad sehingga beliau bersara pada akhir Jun 2019.