Artikel

MP Padang Terap, Mahdzir Khalid Dilantik Pengerusi TNB

Dato’ Seri Mahdzir Khalid dilantik menjadi Pengerusi TNB berkuat kuasa 12 Mei 2020.

Beliau menggantikan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir yang dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bermula 1 Mei 2020.

Dato’ Seri Mahdzir adalah bekas Menteri Besar Kedah dari Disember 2005 hingga Mac 2008.

Beliau kemudiannya dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau & Air dari Mei 2013 hingga Julai 2015, sebelum memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan sehingga 2018.

Mahdzir mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan pernah menjadi pengerusi MADA (Muda Agricultural Development Authority) dan KEDA (Kedah Regional Development Authority), selain Timbalan Pengerusi Penggalakan Pelancongan Malaysia (Kementerian Pelancongan Malaysia).