Artikel

KPLB Umum Pelantikan Baru Bagi Ahli Majlis MARA, Pengerusi GIATMARA

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) hari ini mengumumkan pelantikan tujuh orang Ahli Majlis MARA yang baharu bersama Pengerusi MARA Corp, Jawatankuasa Penasihat dan Pengerusi GIATMARA.

Senarai tujuh (7) orang Ahli Majlis MARA yang berkuat kuasa pada 15 Mei 2020 ini adalah Prof. Dato’ Ir. Dr. Kamal Nasharuddin bin Mustaph, Datuk Siti Zauyah binti Md Desa, Dato’ Mohamed Farid bin Mohamed Zawawi, Dato’ Jamelah binti Jamaluddin, Hj. Zainal Abidin bin Kidam, YB Datuk Sr. Hj. Md Alwi bin Haji Che Ahmad dan Datuk Nor Azri bin Zulfakar.

Selain itu, MARA turut mengumumkan pelantikan Pengerusi MARA Corporation Sdn. Bhd. (MARA Corp.) iaitu Datuk Dr. Syed Muhamad bin Syed Kadir.

Seterusnya, sebuah Jawatankuasa Penasihat telah ditubuhkan dengan YB Dr. Maszlee bin Malik dilantik sebagai pengerusi. Ia dianggotai oleh empat ahli iaitu, YB Datuk Mohd Rafiq bin Naizamohideen, Dato’ Ab Rakib bin Ahmad, Dato’ Ahri bin Hashim dan Dr. Shahridan bin Faiez.

Sementara itu, Dato’ Abdul Halim bin Mansor pula dilantik sebagai Pengerusi GIATMARA. Melalui pelantikan baharu ini, kementerian yakin MARA akan terus dipacu dengan dapat memberikan
perkhidmatan yang cemerlang untuk kemajuan Agensi pada masa akan datang.