Persidangan Dewan Rakyat akan dilanjutkan pada 13 Julai, setelah mesyuarat pada 18 Mei ini. Persidangan tersebut akan berlangsung selama 15 hari.
Makluman ini telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri – Datuk Takiyuddin Hassan bahawa setelah mesyuarat pada 18 Mei ini diadakan, persidangan Dewan Rakyat akan bersidang semula pada 13 Julai, selama 15 hari.
Pada mesyuarat minggu hadapan, Dewan Rakyat akan meneruskan mesyuaratnya dan hanya menumpukan pada perbincangan kerajaan sahaja.
Tindakan ini susulan daripada krisis COVID-19 yang membawa kepada perubahan tarikh sidang, yang sepatutnya berlangsung pada 18 Mei hingga 26 Jun.
Takiyuddin turut menjelaskan segala aturcara persidangan akan mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).