Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini (8 Mei) menyatakan nilai jualan bagi perdangan borong dan runcit telah meningkat sebanyak 1.5% untuk Suku Tahun Pertama 2020.
Menerusi laporan Indeks Volum Perdagangan Borong dan Runcit – Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia mengatakan peningkatan tersebut didorong oleh pengembangan dalam subsektor perdagangan borong sebanyak 2.5%, manakala runcit sebanyak 1.8%.
Peningkatan kedua subsektor ini merangkumi Jualan Borong Barangan Isi Rumah, Jualan Borong Makanan, Minuman dan Tembakau serta Jualan Runcit di Kedai bukan Pengkhususan.
Bagi perbandingan antara suku tahun pula, indeks volum pelarasan musim Perdagangan Borong dan Runcit turun 3.8 peratus berbanding suku tahun keempat 2019.
Kesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijangka dapat dilihat pada indeks volum Perdagangan Borong dan Runcit suku kedua 2020 iaitu 10 Ogos nanti.