Artikel

Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan Suku Tahun Pertama 2020 – Catat Peningkatan 0.4%

Berbanding suku tahun pertama 2019, Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPrP) tahun ini (2020) telah menunjukkan peningkatan sebanyak 0.4% dengan catatan 109.8.

Menurut Ketua Pengkaryawan – Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin mengatakan peningkatan ini telah disokong oleh subsektor utama seperti indeks Penginapan – iaitu Aktiviti Perkhidmatan Makanan dan Minuman (1.3%), Pendidikan (0.6%), Aktiviti Hartanah (0.2%), Kesihatan (0.2%), Pengangkutan (0.1%0 serta  Maklumat dan Komunikasi (0.1%).

Sementara itu, bagi Indeks bagi Kesenian, Hiburan dan Rekreasi pula mencatatkan penurunan 0.7 peratus manakala subsektor Profesional pula masih kekal tidak berubah.

Seterusnya, bagi perbandingan secara suku tahunan pula menunjukkan indeks turut meningkat dengan catatan sebanyak 0.2%.