Artikel

Pelaksanaan PKP Dorong Peningkatan Pengangguran Sehingga 17.1%

Sehingga Mac 2020 ini, seramai 610,500 ribu pengganggur telah dicatatkan pada laporan Statistik Utama Tenaga Buruh Malaysia.

Jabatan Perangkaan Malaysia hari ini (8 Mei) telah memaparkan Statistik Utama Tenaga Buruh, Malaysia, Mac 2020 dan Laporan Survei Tenaga Buruh, Malaysia, Suku Pertama 2020 (ST1 2020) yang merangkumi statistik tenaga buruh, guna tenaga dan pengangguran di Malaysia bagi Mac 2020.

Kadar penggangguran untuk tahun 2020 sehingga bulan Mac ini telah menunjukkan peningkatan kepada 3.9% di mana menjadikan kadar pengangguran keseluruhan negara setakat ini 17.1%.  Pada bulan Mac 2019, tahun lalu telah mencatatkan jumlah sebanyak 521,300 ribu berbanding tahun 2020 – 610,500 ribu penganggur.

Catatan telah dipengaruhi oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di mana ia telah memberi impak yang buruk ke atas pasaran buruh negara.

Menurut Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia – kadar ini meningkat berikutan daripada kadar pengangguran yang melonjak pada bulan Mac 2020.

Ini merupakan kadar pengangguran tertinggi yang pernah dicatatkan sejak suku kedua 2017. Bilangan penganggur seramai 546.6 ribu orang, naik 5.8 peratus berbanding suku yang sama tahun lepas.

Menerusi kadar pengangguran ini, kumpulan umur belia 15 hingga 30 tahun menunjukkan catatan kadar pengangguran tertinggi iaitu 6.9 peratus diikuti dengan kumpulan umur 31 hingga 45 tahun (1.4%) dan 46 hingga 64 tahun (1.1%).