Artikel

Mulai 15 Mei – Bayaran Permohonan Baharu, Rayuan BPN Akan Disalurkan

Bermula 15 Mei ini, pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi permohonan baharu dan rayuan akan dilaksanakan.

Setakat ini lebih 2 juta permohanan baharu dan rayuan BPN telah diterima oleh Kementerian Kewangan (MOF). Kini, LHDN berada pada fasa semakan dan pengesahan permohonan tersebut.

Bagi Fasa Pertama BPN sebelum ini, pembayaran sebanyak RM5.5 billion telah dibuat kepada 7.78 juta penerima, ini adalah peningkatan daripada 7.74 juta penerima dengan jumlah sebanyak RM5.47 bilion minggu lepas yang terdiri daripada golongan B40, M40.

Buat masa ini, pembayaran bagi fasa kedua telah dilakukan pada 4 Mei 2020 lalu. Manakala, bagi penerima BPN yang tidak mempunyai akaun bank atau gagal mengemaskini atau gagal kredit ke akaun yang didaftarkan, pembayaran akan dibuat secara tunai pada kaunter BSN mulai 15 Mei 2020 berdasarkan Nombor Siri yang dipaparkan di Portal BPN.

Untuk sebarang makluman lanjut, para pemohon boleh merujuk kepada Soalan Lazim LHDN ini.