Artikel

Kluster Terbaharu Di Pusat Beli Belah Cheras, 10 Kes Positif – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenalpasti satu kluster baharu yang melibatkan pengawal dan anggota keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Cheras, Kuala Lumpur.

Sehingga 7 Mei 2020 jam 12 tengah hari, sebanyak sepuluh kes positif COVID-19 telah dilaporkan dalam kluster ini.

Dari 10 kes ini, sembilan adalah warganegara Nepal dan seorang warganegara Malaysia.

Punca jangkitan bagi kluster ini masih di dalam siasatan.

KKM berkata, langkah-langkah pembendungan dan pencegahan seterusnya telah diambilseperti mengenalpasti dan menjalankan ujian saringan COVID-19 ke atas semua pekerja dan kontak rapat mereka.

Kesemua kes warganegara Nepal dalam kluster ini tinggal kediaman yang sama di Cheras. Saringan COVID-19 telah dijalankan ke atas penghuni kediaman mereka, pengawal dan anggota keselamatan di pusat membeli-belah tersebut, dan juga pekerja pasaraya yang berkait rapat.

Setakat ini, seramai 436 orang telah disaring, di mana 10 kes didapati positif, 347 kes negatif dan 79 orang masih menunggu keputusan.

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Cheras dan Titiwangsa akan terus menjalankan pemantauan ke atas kenaikan kes COVID-19 berkaitan kluster ini. Kesemua kontak rapat setiap kes telah dipanggil untuk saringan dan pendidikan kesihatan telah diberikan.