Artikel

Tiada Sebarang Caj Tambahan Akan Dikenakan Sepanjang Tempoh Moratorium – MOF

Tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan sepanjang tempoh moratorium ini berlangsung.

Kementerian Kewangan (MOF) hari ini (6 Mei) mengumumkan tiada sebarang caj tambahan bagi bayaran ansuran perjanjian sewa beli (konvensional dan shariah) akan dikenakan.

Kenyataan ini telah mendapat persetujuan bersama oleh MOF dan pihak industri perbankan.

Untuk makluman, jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli untuk sepanjang tempoh pembiayaan tersebut.

Oleh itu, para peminjam tidak perlu khuatir, sesi pembayaran ansuran akan dilaksanakan seperti sebelum ini dengan berdasarkan terma-terma perjanjian bank masing-masing.

Menerusi keputusan ini, Kerajaan berharap ia dapat membantu meringankan bebanan rakyat dalam menghadapi krisis COVID-19 ketika ini.