Ibu bapa kini dibenarkan untuk menjemput anak mereka, dari kampus pulang ke kediaman masing-masing.
Kenyataan ini telah dinyatakan sendiri oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), di mana Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah bersetuju membenarkan para pelajar institusi pendidikan tinggi awam dan swasta termasuklah Politeknik serta Kolej Komuniti dijemput oleh ibu bapa mereka.
Namun kebenaran tersebut hanya tertakluk kepada pergerakan dalam negeri sahaja dan mula berkuat kuasa pada hari ini (6 Mei).
KPT menyarankan segala proses pengambilan perlu mengikuti garis panduan yang telah diberikan. Sebarang maklumat, ibu bapa boleh merujuk pada Bilik Gerakan KPT yang beroperasi selama 24 jam di talian 03-8870 6777/ 6949/ 6628/ 6623/ 6124.