Ketua Pengarah Kesihatan Malayasia, Datuk Dr. Noor Hisham telah mengatakan terdapat beberapa langkah dan tindakan perlu diikuti oleh para peniaga untuk memutuskan rantaian COVID-19 ini.
Para peniaga atau pemborong yang berniaga di premis Pasar Borong Kuala Lumpur dinasihatkan untuk menjalani ujian saringan dan mengemukakan keputusan saringan tersebut.
Seterusnya, menerusi kerjasama KKM bersama agensi lain, Pejabat Kesihatan Daerah akan melakukan penilaian risiko jangkitan COVID-19 ke atas para peniaga yang telah memasuki senarai pasar kes positif COVID-19.
Malah, para peniaga juga dikehendaki menjalani saringan gejala dengan mengambil ujian pengesanan (rRT-PCR), ini khusus kepada peniaga yang memiliki gejala jangkitan saluran pernafasan.
Manakala, bagi para peniaga yang tidak memiliki sebarang gejala yang dinyatakan atau tiada sebarang sampel saringan diambil, perlu memantau kesihatan diri dengan menggunakan Home Assessment Tool.
Setakat ini, itu sahaja saranan KKM terhadap para peniaga, namun sekiranya terdapat sebarang gejala yang kelihatan. Para peniaga perlu segera memaklumkan perkara tersebut kepada Pejabat Kesihatan Daerah, bagi mendapatkan rawatan lanjut.