Artikel

Situasi Terkini Kluster Pasar Borong Kuala Lumpur – KKM

Pada sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi, Ketua Pengarah Datuk Dr. Noor Hisham telah memaklum status terkini berhubung kluster Pasar Borong Kuala Lumpur.

Sehingga hari ini (5 Mei), sebanyak 180 jumlah kes positif COVID-19 telah dicatatkan.

Di mana 100 kes adalah daripada dalam kawasan PKPD, manakala 80 kes pula telah dikesan di luar kawasan PKPD.

Selain itu, turut KKM turut mendapati kluster Pasar Borong KL ini mempunyai kaitan dengan kluster Perhimpunan Seri Petaling. Kes ke -3039 daripada kluster Pasar Borong KL adalah salah seorang daripada peserta perhimpunan tersebut.

Daripada 80 kes yang dikesan bagi luar kawasan PKPD Pasar Borong Kuala Lumpur, 29 kes telah dikesan melalui saringan yang telah dijalankan di empat buah pasar awam:

  • Pasar Besar Seremban, Negeri Sembilan
  • Pasar Besar Bahau, Negeri Sembilan
  • Pasar Besar Jalan Othman, PJ Selangor
  • Pasar Taman Megah, PJ Selangor