Artikel

Semua Sektor Agrikomoditi Dibenarkan Beroperasi – MPIC

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) hari ini (5 Mei) membenarkan kesemua sektor agrikomoditi beroperasi sepenuhnya seperti biasa.

Sektor ini merangkumi aktiviti perladangan, huluan, hiliran dan perkilangan sawit, getah, kayu-kayan, koko, lada, kenaf serta biodiesel.

Tindakan kebenaran ini adalah sejajar dengan pengumuman yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Ia juga bagi menghindari penyusutan pada sumber pendapatan sektor agrikomoditi.

Sekiranya penutupan operasi masih diteruskan ia menjejaskan pertumbuhan ekonomi, pendapatan perniagaan dan individu.