Dalam usaha syarikat mengekalkan prestasi dibawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Nestle Malaysia hari ini (5 Mei) mengumumkan hasil perolehan mereka kekal kukuh bagi suku pertama 2020 adalah sebanyak RM1.43 bilion.
Catatan ini berakhir pada 31 Mac 2020, menunjukkan kekal kukuh berbanding suku tahun sebelumnya iaitu RM1.45 bilion.
Ketua Pegawai Eksekutif, Juan Aranols menyifatkan catatan perolehan ini disokong hasil daripada pemulihan jualan eksport yang telah meningkat kepada 8.8%.
Ini menjadikan prestasi yang lebih kukuh pada pembekalan produk untuk syarikat perniagaan makanan dilaksanakan.
Selain itu, Nestle turut mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM246.3 juta manakala, keuntungan selepas cukai (PBT) pula adalah RM186.3 juta.
Margin kumpulan dilihat kekal stabil meskipun kos komoditi lebih tinggi. Ini didorong oleh turun naik nilai pertukaran mata wang asing serta kesan krisis COVID-19.
Nestle Malaysia bagaimanapun, menyatakan operasi perniagaannya kini sedang dalam proses penyesuaian ‘norma baharu’. Peralihan ini perlu dilakukan bagi meningkatkan pertumbuhan pendapatan Malaysia. Ia sekaligus dapat menjamin keselamatan pekerja di samping perolehan keuntungan.