Artikel

SC Tampil Garis Panduan Baharu Berkenaan Pengiklanan Produk, Pasaran Modal

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) semalam (4 Mei) telah mengeluarkan garis panduan baharu berhubung Pengiklanan Produk dan Perkhidmatan Pasaran Modal.

Menerusi garis panduan ini, para pengendali pasaran produk kini tidak perlu mengemukakan sebarang bahan-bahan pengiklanan mereka kepada SC dengan mengikuti syarat yang telah ditetapkan.

Kelonggaran ini bertujuan meningkatkan penggunaan pelbagai platform pengiklanan dalam kalangan para pengiklan. Tindakan ini sekaligus dapat meluaskan lagi sektor pengiklanan produk.

Garis Panduan baharu tersebut menggantikan Garis Panduan sedia ada, Guidelines on Unit Trust Advertisements and Promotional Materials dan menggantikan klausa-klausa tertentu di bawah Guidelines on Private Retirement SchemesProspectus Guidelines, dan Guidelines on Compliance Function for Fund Management Companies.

Para pengiklan yang tertakluk kepada Garis Panduan yang telah digantikan tersebut perlu memastikan iklan dan kempen promosi mereka sekarang mematuhi Garis Panduan yang baharu.

Pengiklan lain yang kini tertakluk kepada Garis Panduan baharu pula akan diberi tempoh tangguh selama tiga bulan untuk membiasakan diri dan mematuhi Garis Panduan tersebut.