Artikel

Harus Keluar Sewaktu PKPB? KKM Sarankan Ikuti Langkah S.O.P.

Seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, pelaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) adalah berkuatkuasa mulai hari ini iaitu 4 Mei 2020.

Seperti dimaklumkan sebelum ini, Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan PKPB iaitu bagi membuka semula beberapa sektor ekonomi secara berhati-hati dan terkawal.

Peniaga, pengusaha dan majikan perlu patuh kepada syarat-syarat danStandard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Perhimpunan ramai dan aktiviti yang mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan wabak COVID-19 adalah masih tidak dibenarkan.

Oleh itu, Kementerian Kesihatan (KKM) memberi saranan kepada orang awam. Peniaga, pengusaha dan majikan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan Kerajaan, rakyat di Negeri atau Wilayah menjalani PKPB pula diseru supaya turut patuh kepada S.O.P iaitu:

  • S: Syarat-syarat yang ditetapkan;
  • O: Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P: Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

Selagi Rakyat Malaysia patuh SOP dan mengamalkan norma- norma baharu dalam kehidupan seharian, rantaian penularan jangkitan COVID-19 akan dapat diputuskan.