Artikel

MP Kimanis Dilantik Menjadi Pengerusi MyIPO

Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) hari ini mengumumkan pelantikan Datuk Mohamad Hj. Alamin, Ahli Parlimen Kimanis sebagai Pengerusi MyIPO yang baharu menggantikan Dr. Rozhan Othman yang telah tamat perkhidmatan pada 30 April 2020.

Sementara itu turut diumumkan pelantikan Dato’ Mohd. Roslan Mahayudin sebagai Ketua Pengarah MyIPO yang baharu, masing-masing berkuatkuasa pada 1 Mei 2020.

MyIPO turut mengumumkan pelantikan dua anggota perbadanan yang baharu iaitu Dr. Rashidah Bolhassan, Ketua Pegawai Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak dan Dr. Alauddin Sidal, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri), Kementeria Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, masing- masing berkuatkuasa pada 23 April 2020. Ketika ini, MyIPO mempunyai lapan anggota perbadanan.

MyIPO merakamkan ucapan terima kasih kepada Dr. Rozhan Othman, Datuk Wira Ismail Saleh dan Datuk Rostam Affendi Dato’ Salleh di atas khidmat bakti sepanjang perkhidmatan sebagai Anggota Perbadanan di MyIPO.