Sehingga 2 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 105 kes baharu COVID-19 yang telah dilaporkan di Malaysia.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,176 kes (6,071 kes semalam 1 Mei).
Analisis:
- Pengiraan hari-ke-hari (day-to-day, atau D2D) dibuat seperti berikut: (kes baharu hari ini – kes baharu semalam) / kes baharu semalam
- Contohnya: (6176-6071)/6071 = 1.7%
- Trend menunjukkan D2D sepanjang tempoh 7 hari kebelakangan ini meningkat
- D2D tepat:
- 25 April 0.90%
- 26 April = 0.66%
- 27 April = 0.69%
- 28 April = 0.53%
- 29 April = 1.61%
- 30 April = 0.96%
- 1 Mei = 1.15%
- 2 Mei = 173%
Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,747 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Dari 105 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 11 kes adalah kes import. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 94 kes, di mana 60 kes telah dikesan dari lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Sehingga kini, seramai 31 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).Daripada jumlah tersebut, 12 kes memerlukan bantuan pernafasan.
Tren kes-kes positif COVID-19 harian sejak kebelakangan ini menunjukkan peningkatan kes-kes import dan kes-kes yang dikesan dari lokaliti PKPD. Namun, masyarakat tidak perlu khuatir mengenai peningkatan kes di kalangan kes-kes import ataupun PKPD ini, kerana mereka telahpun awal-awal lagi diasingkan untuk disaring.
Aktiviti penularan COVID-19 di kalangan masyarakat setempat pula dapat dikenalpasti melalui aktiviti survelan klinikal (clinical surveillance) jangkitan COVID-19 yang telah lama dijalankan. Ini dilaksanakan dengan persampelan pesakit Influenza Like Illness (ILI) dari lokasi sentinel seluruh negara dan pesakit Severe Acute Respiratory Infection (SARI) di semua hospital KKM.
Sehingga 1 Mei 2020, sebanyak 7,880 saringan COVID-19 dalam aktiviti survelan klinikal telah dijalankan di mana hanya 12 kes dikesan daripada ILI (0.81 peratus) dan 54 kes dikesan daripada SARI (0.84 peratus).
Selain itu, saringan COVID-19 juga dilaksanakan ke atas semua pesakit sebelum pembedahan kecemasan dan separa kecemasan di hospital KKM sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19 di kalangan petugas kesihatan. Sehingga 1 Mei 2020, terdapat hanya lima (5) kes yang dikesan positif COVID-19 daripada 5,435 jumlah pesakit yang disaring (iaitu hanya 0.09%).
Justeru, adalah terbukti aktiviti pendekatan tertumpu yang dijalankan setakat ini telah berkesan dalam mengesan dan membendung penularan wabak COVID-19 di negara ini. Namun, ianya memerlukan tindakan selari rakyat untuk patuh kepada semua arahan dan nasihat kesihatan Kerajaan.