Sebanyak 109 kes dari 220 kes baharu selama tiga hari lepas ini adalah kes import. Ini membentuk 49.5% dari jumlah kes baharu.
Ini bermakna, 111 kes dari 220 kes, atau 50.5% kes penularan tempatan di komuniti.
Pada 29 April, 72 kes baharu adalah kes import manakala 22 kes baharu adalah kes tular tempatan.
Pada 30 April, 25 kes adalah kes import berlawanan dengan 32 kes tempatan.
Dan pada hari ini, 1 Mei, 12 kes baharu adalah kes import dan 57 kes tempatan.
“Kawalan Sempadan akan diperketatkan, setelah PKP dijalankan. Ini adalah usaha paling penting yang kami perlu lakukan buat masa ini,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.
“Kes import akan terus ada, kerana rakyat Malaysia akan terus kembali ke tanah air sepanjang tempoh terdekat ini. Ini termasuk pelajar dari Indonesia.
“Kawalan Sempadan akan terus berlaku walaupun PKP Bersyarat telah diumumkan,” tambah beliau lagi.