Pada sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Ketua Pengarah Datuk Dr. Noor Hisham telah menegaskan bahawa semua majikan dan warga pekerja harus mempraktikkan norma baharu dalam kehidupan masing-masing.
Kenyataan ini berikutan menjawab kepada pelbagai persoalan orang ramai tentang kebenaran sektor ekonomi, sosial yang akan beroperasi pada 4 Mei nanti.
KP Hisham mengatakan tugas KKM adalah untuk memastikan segala arahan SOP yang telah ditetapkan dapat dipatuhi oleh semua pihak.
KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Bagaimanapun, semua pihak perlu mengekalkan langkah percegahan yang telah disarankan.
- amalan jarak sosial yang selamat iaitu sekurang-kurangnya 1 meter
- kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, atau menggunakan hand sanitiser
- penggunaan topeng muka dan hidung (facemask)
- saringan kesihatan di pintu masuk premis
- keutamaan melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan OKU
- individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan.
Ini bagi memastikan penularan jangkitan COVID-19 dapat terus dibendung, meskipun sesetengah bahagian telah dilonggarkan.