Artikel

Mulai 4 Mei – Sebahagian Besar Sektor Ekonomi, Sosial Kini Dibenarkan Beroperasi

Pada sidang perutusan khas YAB Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin sebentar tadi, mengatakan negara kini bersedia untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan membuka sebahagian besar aktiviti ekonomi dan sosial.

Tindakan ini berikutan kadar kes baharu COVID-19 dilihat berjaya dikawal serta masyarakat negara sudahpun memahami dengan keadaan norma baharu.

Bermula 4 Mei, tindakan ini akan berkuat kuasa.

Selain aktiviti ekonomi dan sosial, aktiviti beriadah juga turut dibenarkan.

Bagaimanapun, PM Muhyiddin masih menegaskan semua pihak perlu memastikan segala aktiviti yang dibenarkan, dilakukan dalam keadaan terkawal serta mematuhi segala garis panduan yang ditetapkan. Adanya kepatuhan semua pihak, segalanya akan berjalan dengan lancar.

Manakala, bagi kawasan zon merah – Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) masih dilaksanakan bagi membendung angka kes positif COVID-19 yang tinggi.