Artikel

Kajian Nielsen: Tontonan TV Meningkat 30% Sepanjang PKP

Syarikat penyelidikan Nielsen mendapati bahawa tontonan TV meningkat 30%, berbanding sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan.

Purata Tontonan setiap minit adalah sebanyak 4.4 juta tontonan – peningkatan 950,000 tontonan sejak kes COVID-19 pertama yang disahkan pada 25 Januari.

Purata tontonan adalah 7 jam 7 minit setiap hari – peningkatan 27% berbanding akhir Januari.

Rancangan Berita, Realiti TV serta Masakan & Wanita menunjukkan peningkatan tontonan yang paling ketara.

Hampir 25% penurunan dalam keseluruhan perbelanjaan pengiklanan dalam perbandingan tahun ke tahun (Mac 2020 berbanding Mac 2019).

Sepanjang keadaan COVID-19 menular, terdapat perubahan pada pengagihan dan saiz segmen tiga jenis pengguna yang kerap dianalisis dalam pengukuran tontonan televisyen.

Pada 25 Januari, apabila kes pertama didiagnosis di Malaysia, keseimbangan antara penonton Sederhana (penonton yang menonton 8-16 jam sehari) dan penonton Tidak Tegar (penonton yang menonton 0-8 jam sehari) adalah agak sekata, masing-masing pada 49% dan 44%.

Walau bagaimanapun, pada 12 April ia telah bertukar kepada 58% penonton Sederhana dan 32% penonton Tidak Tegar.

Perubahan ini mengakibatkan purata masa setiap hari yang diluangkan untuk menonton televisyen meningkat kepada 7 jam 7 minit semenjak pelaksanaan PKP.

Pengiklan perlu melabur dan mencipta

Meskipun peningkatan besar dalam tontonan televisyen menunjukkan bahawa keluarga dan isirumah menonton televisyen bersama-sama, penurunan 8% dalam keseluruhan perbelanjaan pengiklanan dari bulan Februari hingga Mac.

Ini menunjukkan bahawa syarikat-syarikat bersikap berhati-hati sama ada untuk mengiklan ataupun sebaliknya.

Jika dilihat secara asing, angka ini tidak terlalu drastik, tetapi jika dibandingkan dengan bulan Mac 2019, kita mendapati kira-kira 25% perbezaan dari segi perbelanjaan, di mana industri Perjalanan & Pelancongan, Makanan Segera, Hiburan, Syarikat Penerbangan dan Gedung Beli-belah yang terkesan dengan teruk.