Faedah tambahan akan dikenakan ke atas pinjaman sewa beli dan pembiayaan islam kadar tetap, mulai esok – 1 Mei 2020.
Sebelum ini, Bank Negara Malaysia (BNM) sekadar memaklumkan bahawa kesemua bank tempatan akan menawarkan moratorium selama 6 bulan tanpa sebarang kadar faedah.
Bagaimanapun, hari ini (30 April) BNM dan Persatuan Bank Malaysia (ABM) telah mengeluarkan kenyataan baru, bahawa pengenaan caj faedah tambahan tersebut akan berkuat kuasa pada 1 Mei semasa tempoh 6 bulan moratorium ini sedang berlangsung.
Kenyataan ini bermaksud peminjam akan melihat kenaikan ansuran bulanan mereka mulai Oktober 2020.
Tiada sebarang denda akan dikenakan sekiranya para peminjam menolak untuk menangguhkan pembayaran pinjaman tersebut.
Notis pemberitahuan penangguhan akan diberikan melalui pesanan ringkas dan emel oleh perbankan masing-masing.