Artikel

Gembar Gembur Isu Mutasi Koronavirus Semalam, KP Hisham Perjelaskan Hari Ini

Sepertimana dilaporkan sebelum ini, SARS-CoV-2 yang menyebabkan penyakit COVID-19 ini ada tiga jenis mutasi, iaitu strain A, B, dan C.

“Di Wuhan strain B. Ada kemungkinan strain A datang dari kelawar,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

“Di Singapura mereka yang sakit kebanyaknya dari strain C, sama seperti di Eropah.

“Di Malaysia adalah strain B, sama seperti di Wuhan. Dalam strain B ada mutasi. Kita kena bandingkan semula kultur virus ini.

“Jadi kita telah nasihatkan IMR untuk jalankan lebih banyak saringan, dan kajian.

“Kajian akan dijalankan terhadap virus yang datang dari gelombang pertama, gelombang kedua, dan mereka yang pulang dari negara-negara seperti Itali, AS, dan lain-lain.

“Namanya pun ‘Novel’ Koronavirus, iaitu Koronavirus yang baharu.

“Apa yang penting adalah kita kena salurkan segala maklumat yang kita ada kepada WHO.

“Supaya mereka boleh mengumpul semua data dari seluruh dunia. Ini penting untuk memastikan kerjasama yang baik antara semua negara di bawah payung WHO,” tambah KP Hisham lagi.