BBDO Malaysia, sebuah agensi pengiklanan hari ini (30 April) telah mengisytiharkan penutupan operasi syarikat mereka.
Kenyataan itu, sedikit sebanyak telah menjawab segala spekulasi berkenaan penutupan operasi mereka.
Keputusan ini didorong oleh sebab krisis COVID-19 yang sedang melanda di seluruh dunia. Namun, Jean-Paul Burge – Ketua Eksekutif BBDO Asia mengakui bahawa pasaran di China lebih baik, berbanding pasaran Hong Kong dan Malaysia.
Selain itu, BBDO Malaysia turut mengalami kerugian dan penjimatan kos perlu dilakukan segera demi kelangsungan 12 cawangan lain.
Difahamkan situasi ini akan menjejaskan 21 kakitangan BBDO Malaysia.