Artikel

Dato’ Asri Dilantik Sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan Baharu

Bermula 1 Mei ini, Dato’ Asri Hamidin @ Hamidon akan menyandang jawatan selaku Ketua Setiausaha Perbendaharaan menggantikan Tan Sri Ahmad Badri.

Kenyataan ini telah diberikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki pada ciapan laman Twitternya.

Dato’ Asri telah memiliki pengalaman selama 26 tahun dalam arena perkhidmatan awam. Malah menerusi pengalaman yang luas dalam bidang kewangan serta pelaburan strategik ini dapat memberi suatu kelebihan kepada Kementerian Kewangan (MOF).

Adanya penglibatan Dato’ Asri dalam MOF, pastinya pelbagai idea serta kaedah dapat dikongsikan.

Pada masa yang sama, Datuk Seri Mohd Zuki turut merakamkan penghargaannya kepada jasa baik TS Ahmad Badri di atas perkhidmatan beliau sebelum ini.