Artikel

Pembentukan Dasar Sekuriti Makanan Negara, Bantu Industri Jamin Keselamatan Makanan

Mesyuarat Kabinet hari ini (30 April) telah bersetuju untuk membentuk Dasar Sekuriti Makanan Negara.

Susulan itu, sebuah jawatankuasa dasar telah diwujudkan, bagi membincangkan padangan pelbagai pihak berkenaan praktis terbaik yangn mampu dibangunkan.

Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dengan keahlian terdiri daripada:

  • Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MOA)
  • Menteri Kewangan (MOF)
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Ekonomi)
  • Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
  • Menteri Kesihatan (KKM)
  • Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)
  • Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC)
  • Menteri Pengangkutan (MOT); Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB)
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)

Selain itu pegllibatan pihak ahli akademik, pemain industri makanan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) juga akan turut serta pada dalam membangunkan dasar ini.

Langkah ini bagi memastikan dasar tersebut dapat dirangka dengan baik dan menjamin keselamatan makanan untuk setiap peringkat pembekalan.