Artikel

Suku Pertama 2020 Menunjukkan Shopee, Platform e-Dagang Pilihan Malaysia

Menurut perkongsian data iPrice Group, laman e-dagang Shopee telah mencatatkan jumlah pengunjung paling tinggi bagi suku pertama 2020, dengan catatan 81.82 juta kunjungan.

Jumlah ini sekaligus telah mengalahkan pesaing terdekatnya iaitu Lazada dengan catatan sebanyak 36.96 juta kunjungan.

Menerusi pemberian subsidi pada khidmat penghantaran serta tawaran produk yang lebih rendah, telah berjaya menarik minat peniaga dan pembeli untuk turut serta dalam platform Shopee.

Berbeza pula dengan Lazada yang telah mengurangkan subsidi penghantaran dan lebih mementingkan margin keuntungan bagi sesebuah produk.

Selain dua platform ini, terdapat juga laman e-dagang lain yang turut menjadi pilihan rakyat Malaysia iaitu PG Mall 5.07 juta, Lelong 3.37 juta, Zalora – 3.32 juta, Astro Go Shop 2.88 juta, eBay 2.25 juta, Hermo 1.11 juta, Qoo10 0.94 juta dan Sephora 0.88 juta kunjungan.