Artikel

Demi Kesejahteraan Negeri Sarawak, Hanya Sektor Ekonomi Tertentu Sahaja Akan Beroperasi

Menurut Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah hari ini (29 April), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC) akan bermesyuarat untuk memutuskan jenis industri yang mungkin beroperasi sepenuhnya bagi fasa keempat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Meskipun Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, (MITI) Datuk Seri Azmin Ali telah membenarkan industri sektor ekonomi beroperasi sepenuhnya, Datuk Amar tetap menegaskan pihak SDMC akan membuat penelitian terlebih dahulu sebelum meluluskan mana-mana pembukaan operasi sektor ekonomi.

Ini kerana, difahamkan beberapa projek ekonomi yang diluluskan oleh MITI untuk beroperasi di Sarawak, kini berada pada zon merah kes COVID-19.  Jumlah kes pada kawasan tersebut melebihi 40 kes positif.

Oleh itu, Datuk Amar bependapat SDMC lebih memahami keadaan ekonomi di Sarawak dan keutamaan kesihatan rakyat negeri itu juga perlu diutamakan.

Segala keputusan akan dipertimbangkan bersama Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Openg.