Susulan pertanyaan tentang pembukaan taska pada sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi.
KKM mengatakan perkara itu masih dipertimbangkan. Ia akan dibincangkan pada esok hari bersama pihak Majlis Keselamatan Negara.
“Segala garis panduan KKM sudah tetapkan, namun pihaknya masih menanti keputusan menyeluruh,” kata KP Hisham.
Buat masa ini, KKM mencadangkan untuk memulakan sektor ekonomi dahulu.
Manakala, untuk sektor sosial dan pendidikan akan dibuka kemudian. Ini kerana masih terdapat beberapa kluster yang perlu diberi perhatian. Antaranya adalah kluster pasar borong rembau, taman megah, adalah berasal dari kluster tabligh, maka sebab itu sektor sosial harus diperhatikan lagi dan perlu melakukan saringan.
Berbanding dengan sektor ekonomi, dilihat memiliki catatan kes baharu yang lebih rendah.