Artikel

KKM Akan Umum SOP Baharu Untuk Perniagaan, Sukan

Pada sidang media sebentar tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberitahu pihaknya kini sedang melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) baharu.

Menurut KP Hisham pengumuman SOP tersebut akan dilakukan tidak lama lagi. Sekiranya KKM telah berpuas hati dalam segala penelitian ia akan diumumkan kelak.

Untuk makluman, pelaksanaan SOP baharu ini berkait rapat dengan penjelasan kepada orang ramai tentang garis panduan yang perlu dipatuhi, khususnya bagiĀ operasi perniagaan dan aktiviti sukan bola sepak.