Artikel

72 Dari 94 Kes Baharu Hari Ini Adalah Kes Import Dari Indonesia

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham – setakat hari ini (29 April) terdapat 94 kes baharu yang telah dilaporkan.

Daripada jumlah 94 kes itu, 72 kes adalah kes import melibatkan warganegara dan pelajar Malaysia yang pulang daripada Indonesia.

Laporan itu menunjukkan kes penularan tempatan dalam kalangan masyarakat hanya 22 kes sahaja.

Setakat ini, kes kematian kekal pada angka 100 kematian. Tiada kes kematian baharu dicatatkan.