Sapura Energy telah mengumumkan kerugian selepas cukai sebanyak RM4.56 bilion untuk Tahun Kewangan 2020.
Kerugian ini akan mengganggu operasi Sapura dengan pengurangan perbelanjaan modal serta aliran tunai.
Menurut Tan Sri Shahril, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Sapura Energy – pihaknya telah melaksanakan inisiatif utama sejak pertengahan 2019 untuk mengoptimumkan kos dan meningkatkan kecekapan operasi.
Tindakan itu akan menjadi pengaruh penting untuk mereka menguruskan ketidakpastian pada Tahun Kewangan 2021.
Sebelum ini, Sapura Energy telah mengatakan pihaknya akan memotong 50% gaji pengerusan kanan bagi penjimatan kos.
Tambahan lagi, Maybank IB Research telah mengklasifikasikan Sapura Energy Bhd kepada “jual” dari “beli” dengan harga sasaran serendah 4 sen.
Tindakan ini berikutan prospek yang mencabar sedang berlaku pada sektor minyak dan gas.